logo


Hantu Galah, Hantu Berbadan Tinggi Khas Melayu

Berikut ulasannya

2 Agustus 2019 14:06 WIB

hantu
hantu
dibaca 963 x

Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.

Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.

Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.


Ramai Petisi di Twitter dengan Judul 'Ayo Ribuan Orang Serbu Parangtritis Pakai Baju Hijau'

Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.

Hantu galah dikatakan nampak dalam keadaan normal apabila kita pertama kali melihatnya tetapi menjadi tinggi dan tinggi sampai ke satu masa kita hanya melihat kakinya. Seseorang dinasihatkan tidak mendongak ke atas atau kepala kita akan selama-lamanya mendongak ke atas.

Seseorang juga dinasihatkan tidak berjalan di celah kakinya atau hantu ini akan mengepit orang itu dengan kakinya yang panjang.

Hantu galah merupakan salah satu hantu yang dikatakan direka ceritanya untuk menakut-nakutkan kanak-kanak supaya tidak memanjat pokok pada waktu malam. Sesetengah orang Melayu percaya hantu galah dapat dilihat jika seseorang itu mempercayai kewujudannya

Hantu galah berasal dari upih pinang? Orang tua-tua zaman dahulu percaya kerana hanu galah itu sangat tinggi, kalau nak tengok sampai ke atas kena dongak kepala sampai habis, sampai mahu patah urat leher. Begitulah kononnya dibayangkan ketinggian hantu galah. Tapi mengapa hantu galah dikatakan berasal dari pokok pinang, bukan pokok galah...

Di zaman ini tidak ramai orang berpeluang melihat hantu galah dengan mata kepala sendiri. Kampung-kampung dah terang benderang, orang bandar lebih hantu 'hantu' dari hantu betul. Kat kampung ada bebudak dipanggil kacang hantu... Pendek kata apapun jadi di zaman moden ni tetap ada hantu.

Berbalik kepada kisah hantu galah, dulu-dulu ketika budak-budak keluar malam, lelaki dan perempuan pergi mengaji, mereka balik seramai rombongan Cik Kiah. Tak kira siapa habis dulu, masing-masing akan saling menunggu untuk balik bersama-sama. Kepercayaan jalan malam dikacau hantu memang kerap berlakudan yang selalu dilihat biasanya hantu galah atau hantu tinggi.

Hantu-hantu lain macam penanggal, pontianak dan pelesit susah nak tengok mungkin kerana ketinggiannya macam kita jugak. Kalau ada pun budak-budak itu susah nak perasan, buat penat 'antu tu ngacau aje'. Sebaliknya hantu galah dari jauh lagi dah nampak. Ada kisah baru-baru nie bebudak dari sebuah kampung di Lipis Pahang yang nampak hantu balik dari terawih, demam sampai raya!

Dari cerita-cerita yang biasa didengar, hantu galah berdiri di tengah jalan. Rombongan budak-budak pula hanya ada dua jalan, cabut atau lari kuat-kuat lalu bawah kelangkang hantu galah. Biasanya berhenti bila terasa hantu galah dah jauh ditinggalkan. Hantu galah ini kalau sekali melangkah, kakinya boleh melepasi bumbung rumah, boleh seberang sungai yang lebar macam Sungai Perak dan gunung tinggi macam Banjaran Titiwangsa.

Pendekar dan pahlawan Melayu pula kalau diduga hantu galah di tengah-tengah jalan, tak lari. Sebaliknya orang gagah begini berpaut kuat-kuat pada kaki hantu galah itu. Hantu galah bila rasa ada orang berpaut pada kakinya pun menghayun-hayun kakinya setinggi-tingginya. Semasa hantu galah itu hayun kakinya dengan tinggi, orang yang berpaut kononnya boleh melihat gunung-ganang, lautan, sungai dan bumbung rumah sayup-sayup dari atas awan. Tujuan pendekar Melayu berpaut pada kaki hantu galah sebab nak cabut bulu roma hantu galah ini. Kaki galah hanya akan dilepaskan bila bulu roma yang dihajati itu dapat dicabut.

Dikatakan bulu roma hantu galah ini bentuknya hitam, panjangnya macam enau dan keras. Ia boleh dijadikan azimat atau mungkin ada kelebihan tertentu kepada orang-orang yang tahu kesaktiannya. Kisah hantu galah berasal dari upih pinang ada kisah yang tersendiri. Seorang tua yang menemai isterinya keluar rumah pada waktu malam terserempak dengan hantu galah. Orang tua itu yang membawa parang itu pun menebas ke kiri dan ke kanan untuk berlawan dengan hantu galah. Besok paginya bila lalu semula ke kawasan itu dia melihat upih pinang berselerakan di denai kecil yang jadi laluan tadi malam. Upih itu hancur macam dicincang.

Makhluk alam ghaib tidak kira apa jenis jin dan syaitan memang boleh menjelma bermacam-macam. Agaknya masa orang tua itu melibas parangnya, hantu galah kerana tingginya sempat mencapai upih dipucuk pokok pinang, dengan upih pinang itulah dijadikan perisai melawan parang orang tua itu. Jadi yang dilibas orang tua itu ialah upih, hantu galah yang tergolong makhluk ghaib mana boleh dilibas. Tak tumbuh tak melata, tinggi-tinggi hantu galah, ia tetap makhluk Allah.

Ditulis oleh: Alvino Hore

*Tulisan ini adalah 'Suara Kita' kiriman dari pembaca. Jitunews.com tidak bertanggung jawab terhadap isi, foto maupun dampak yang timbul dari tulisan ini. Mulai menulis sekarang.

Mitos atau Fakta? Inilah Area 51 yang Terkenal akan Misterinya..

Halaman: 
Admin : Raka Kisdiyatma
 
xxx bf videos xnxx video hd free porn free sex